Thursday, October 20, 2011

Taman sahabat : riadah sambil berilmu

assalamualaikum..

korang? buat ape petang niew? x pegi beriadah kew petang2 niew? haaa.. sebut pasal riadah niew anis adew 1 tempat riadah yang nak di share kan kat korang. jomm serbu..


Bagi yang suke melakukan aktiviti riadah xkiralah bersama keluarga, rakan2 atau pun sendirian.. taman merupakan tempat yang paling sesuai. Bukan saje tempat nyer yang lapang, malah penggunaan nyer lebih meluas. Pelbagai aktiviti mampu dilakukan termasuklah beristirehat, bersantai & bersuka ria.

Lokasi pilihan

Terletak di daerah Tabuan Jaya, Kuching Sarawak adew sebuah taman yang diberi nama “Taman Sahabat” dibina bagi membolehkan orang ramai melakukan aktiviti riadah sambil mencari ketenangan & sangat sesuai pada korang yang cintakan kedamaian. Taman rekreasi niew amat berbaza jika nak dibandingkan dengan yang lain kerana terdapat beberapa binaan yang begitu unik & istimewa. Lokasi niew nukan saje menjadi pilihan pelancong luar, malah turut menjadi pilihan masyarakat tempatan.

Simbolik

Untuk pengetahuan korang yang belum pernah datang kesini, Taman Sahabat terletak dalam kawasan bandar & dikelilingi oleh kawasan perumahan. Yang menjadi tarikannya,, sambil korang berehat tuh adew ugak pengetahuan yang boley korang dapati daripada taman ini. Ia nyer dibina oleh kerajaan Malaysia & China sebai tanda simbolik pada hubungan erat yang terjalin di antara 2 buah Negara ini sejak 30 tahun lama nyer.

Terpegun

Taman Sahabat niew telah siap sepenuh nyer dibina pada tahun 2005. Tapi secara rasmi nyer ia telah dibuka untuk kunjungan orang ramai pada tahun 2006. Sementara tuh, sekitar nyer dibina beberapa bangunan dengan reka bentuk berkonsepkan binaan masyarakat Cina yang begitu berseni. Disini, ia terjawab apabila korang terlihat sebuah tugu Laksamana Zheng He yang begitu tersergam besar nyer. Ia melambangkan kuasa & penguasaan laksamana tersebut. Buat pengetahuan korang, Laksaman Zheng He merupakan sorang laksamana Islam berbangsa Cina yang terkenal pada kurun ke-15.


Hidup sihat

X hairan lah lau pelancong memang gemar datang kesini. Sambil melihat beberapa keunikan di taman niew. Korang jugak dapat melihat ikan2 di kolam, menikmati keindahan air pancut & ia jugak turut menyediakan taman refleksologi tuk tujuan kesihatan. Dengan ada nyer aktiviti sihat seperti niew, hubungan di kalangan masyarakat setempat menjadi bertambah erat tanpa mengira kaum, bangsa & agama sama seperti hubungan yang terjalin antara Malaysia & China. Kerana tuh lar taman niew dibina bagi mewujudkan 1 komuniti aman damai dan amalan hidup yang sihat. Jika singgah di Taman Sahabat.. pastikan korang x ketinggalan merakamkan detik2 manis bersama orang tersayang. owkay?

suka? selamat beriadah.. :)


♥ suka x? LIKE ae ♥


Like My Blog Fanpage

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved by arnissastory.blogspot.com