Alhamdulillah, da masuk bulan Sya'ban pun. tak sabar pulak rasa nya nak berpuasa. rindukan bulan puasa sangat-sangat. Alhamdulillah, tempoh pengajian anis tuk semester 03 pun da nak berakhir. banyak sangat pahit manis kat sini. baru semester 03, masih ade 03 semester lagi. By the way, 26 hb dan 29 hb nie anis exam paper. subject lain sume work.
so, dikesempatan nie, anis nak mintak maaf banyak-banyak pada semua jika anis ade terkasar bahasa, terguris kata dan sebagai nya. mohon dihalal kan segala nyer. korang doakan anis yerr..
dalam persahabatan ade kala nyer ianya manis dan adakala nyer pahit. jadi pandai-pandai lar pilih kawan untuk dijadikan straight line jika kita tersasar dari landasan yang tak sepatut nyer. You may have many friends, or only a few. Some are only acquaintances, not true friends. A friend is someone you can hang out with, have fun with and depend on.
Setiap perbicaraan yang keluar daripada mulut seseorang menunjukkan apa yang ada dalam fikirannya serta perangainya. Berbicara sesuatu yang perlu dan menghindari perbicaraan yang tidak berfaedah merupakan ibadah yang besar pahalanya. Sabda Rasulullah s.a.w.
Maksudnya
'Daripada kebaikan iman seseorang ialah meniggalkan apa yang tidak bermakna bagiya.' (Hadith Riwayat at-Tirmidzi)
Orang yang tidak memperkatakan sesuatu yang tidak berfaedah baginya merupakan tanda kejayaan hidupnya sebagai seorang mukmin.
Allah S.W.T. berfirman
Maksudnya
'Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, orang yang menjauhkan diri daripada perbicaraan yang tidak berguna.'
(Surah al-Mukminun : 1-3)
Abdullah ibnu Abbas r.a. mengatakan 'Ada lima perkara yang lebih baik bagi mereka daripada kuda liar yang dibiarkan diam.'
sekadar renungan dan muhasabah diri di bulan yang baik ini. Sekali lagi maaf buat semua rakan-rakan , guru, lecturer dan semua yang mengenali diri ini.
p/s : wish me luck for the final exam ya guy..