Assalamualaikum..
da lama rasa nya blog niew tidak berupdate. tapi rasa nya masih belom terlambat untuk anis mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin buat semua umat Islam di muka bumi Allah ini.
Ribuan terima kasih anis ucapkan buat semua pengunjung, pembaca yang sudi meluangkan sedikit masa untuk berkongsi dengan blog ini. terima kasih ya.. anis hargai sangat kehadiran tersebut.
Hari ini hati anis rasa tidak tenang. anis pun xtau apew yang membuatkan hati anis rasa tidak tenang. dan, alhamdulillah.. adew seorang hamba Allah ini telah beri satu laman web kat anis suruh anis baca. so, anis da baca dan sekarang niew anis nak share ilmu niew pada semua pembaca blog anis. xsalahkan share ilmu yang baik. hayati lah..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seorang ustaz bertanya, "Apa yang paling mahal di Korea?" Ada yang menjawab gadjet, kereta, cincin dan sebagainya.
Kemudian ustaz tersebut meneruskan penceritaannya.
"Yang paling mahal di Korea, yang paling mewah di Amerika Syarikat, di Eropah atau di mana-mana sahaja di muka bumi ini ialah hati yang tenang."
"Betul tak?" Soal ustaz itu lagi. Sengaja membuat teka teki.
"Rumah umpama mahligai boleh dimiliki. Kereta yang mewah boleh dipunyai. Wang ringgit bertimbun boleh dicari. Tetapi, belum tentu mendapatkan hati yang tenang."
Hati Yang Tenang
Ternyata, sesuatu yang tidak dapat dibeli di dunia ini ialah tenangnya hati. Walaupun mempunyai perniagaan yang megah. Jika dengan kemewahan menunjukkan seseorang itu mendapat sesuatu yang termahal, namun mengapa masih ada yang membunuh diri ?
Walaupun mempunyai harta yang melimpah ruah. Kenapa jiwa merasa sengsara?
"Siapa yang mahu mengetahui ilmu hati tenang?" Ustaz bertanya. Semua yang hadir menjawab, "Mahu". Hampir serentak menjawab.
Rumus tenangnya Hati
Orang yang merasa tidak tenang bukan kerana masalah yang dihadapinya tetapi dia tidak tahu apa tujuan hidupnya. Dan kurang ilmu dan faham untuk mengatasi masalahnya.
Sebagai contoh, seorang lelaki tertinggal kunci dalam keretanya. Sudah diikhtiar untuk membuka pintu kereta tetapi tidak juga berhasil. Tiba-tiba datang seseorang memberikan bantuan. Dia mengeluarkan sesuatu dan mencungkil bahagian kunci pintu kereta. Tidak sampai seminit, pintu kereta dapat dibuka. Lelaki yang memiliki kereta itu mengucapkan terima kasih tanpa menyedari bahawa orang yang membantunya tadi adalah seorang bekas pencuri kereta.
Bekerja tidak tahu tugas, sudah pasti akan dibuang kerja.
Menanak nasi tidak tahu cara, nasi pula akan menjadi bubur.
Membuat baju tidak tahu teknik, tidak dapat dipakai.
Persoalannya, adakah kita memahami atau tidak ilmu hidup di dunia ini ?
Kalau tidak, sudah pasti hidup terasa kosong, jiwa merasa gusar, hati tidak akan tenang. Allah SWT telah berfirman dan menyatakan hakikat penciptaan manusia ke dunia ini.
"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan agar beribadah kepada-Ku"
(Surah Az-zariyaat ayat 56)
Yang pasti, apabila kita sudah mengetahui dan memahami apa tuntutan kehidupan kita, pasti akan disusuli dengan amalan-amalan yang baik dan sentiasa mengucap syukur ke atas-Nya kerana dikurniakan taufik dan hidayah.
Demikianlah jika kita analogikan dengan mesin. Apabila kita tidak tahu menggunakannya, maka mesin tersebut akan mudah rosak dan tidak berguna. Justeru, apabila kita tahu 'menggunakan' hati kita dengan sentiasa mensyukuri nikmat dan ujian yang Allah beri, maka akan membawa ketenangan di dalam diri.
Moga rumus tenang hati membahagiakan dunia dan akhirat kita.
"TENANG HATI = FAHAM pada ilmunya + TERLATIH pada amalnya + BERZIKIR pada syukurnya"
Alhamdulillah, tenang rasa hati setelah membaca nya. just sharing ilmu yang anis da baca. Selamat membaca..
Dipetik dari
Artikel iluvislam.com
♥ suka x? LIKE ae ♥
Like My Blog Fanpage