Saturday, February 23, 2013

Choclate Hazelnut

Assalamualaikum..

Hari tuh anis da kongsi resepi 'Mee Kari by Cheff Mama' kan? owkay, sekarang nie anis nak kongsi resepi kedua iaitu Hazelnut Choclate. My family suke sangat makan choclate terutama sekali adik-adik. biase lar tuh kan budak-budak kan, mane ade tak makan choclate nie. orang dewasa pun suka makan benda alah nie termasuk lar anis.. he he he

Sebenar nyer kan, senang jer buat Choclate nie. budak tadika pun boley buat tau. aeh.. aeh, lebih da tuh. kang terbalik air panas atas budak tuh tak ke naye. hu hu.. jom tengok bahan nyer.


Bahan-bahan

Choclate ( Milk )
Kacang Hazelnut
Sedikit mentega
Bekas Choclate

\

Lau buat Choclate mama anis akan beli choclate nie. yang penting made in Malaysia. pastikan beli yang Milk owkay.. jangan tersalah beli pulak. tengok betol-betol tulisan kat plastik tuh. kadang-kadang anis pakai tibai jer amik, tengok plastik same terus amik ltak lam troli. da sapa rumah baru nak bukak plastik tengok.. ha ha


pastikan korang goreng dulu kacang hazel nie owkay. goreng tanpa minyak sama seperti goreng kacang tanah tuh.


da siap goreng kacang hazel, letak kacang ke dalam bekas choclate yang pelbagai corak dulu sebelum tuangkan choclate.


sementara tuh panaskan air dalam kuali dahulu. biarkan sampai air betol-betol panas. potong choclate menjadi bahagian-bahagian kecil supaya time masak nanti, choclate cepat cair. letakkan kepingan choclate ke dalam periuk.


bile air da panas, boley letakkan periuk yang berisi choclate di atas kuali tadi. letakkan sedikit mentega supaya choclate kelihatan berkilat. jangan campurkan choclate dengan air yer. nanti choclate anda akan menjadi keras dan tak menjadi. bile choclate da cair, tuangkan choc ke dalam bekas choc tadi. pastikan tuang cepat-cepat tau. nanti keras pulak choc tuh. tak pasai-pasai kena panaskan balik.. he he


korang nampak tak kat bahagian atas choc tuh tak cantik? terkeluar lak kacang hazel. sepatut nyer korang tuangkan dulu sedikit choc kedalam bekas, then letakkan kacang hazel baru tuangkan choc keseluruhan bekas.. disebab kan nak cepat anis tibai jer buat. haha


see? ade tiga corak bekas choclate mama anis beli. bagi yang nak save bajet, tak nak beli bekas choclate kan korang boley jer letak dalam bekas ais yang macam kiub tuh. haaa.. anis da buat da pun. gambar yang ketiga last tuh. cer tengok. hehe..


nampak tak choclate tuh berkilat? haa, tuh lar effect letak mentega. he he .. yang nie special sikit. love kot.. huehue. korang boley letak dalam bekas or ape-ape jer ikut kreativiti korang. yang nie lau bagi kat makwe/pakwe boley lar. he he

da siap.. so ape lagi? try lar.. senang jer. nanti boley bagi makwe/pakwe. he he.. SELAMAT MENCUBA!


♥ suka x? LIKE ae ♥


Like My Blog Fanpage

Sunday, February 17, 2013

Mee Kari by chef Mama

Assalamualaikum..

Semalam kan mama kite masak mee kari.. gedik sekejap. Mintak maaf lar, anis baru nak update entry semalam. Well, biase lar kat rumah nie line broadband celcom kureng sikit. Tengah malam baru laju sikit .. sikit jer lar. Maybe sebab perumahan kat rumah anis nie ramai yang pakai wifi kot. Aeh, aci ke nak kire cam tuh? -_-‘


Selalu nyer mama masak nasik jer sebab lau masak benda lain pun tak abis makan.masak nasi pun kadang-kadang tak abis makan. Tapi disebab kan kakak dan adik anis pulang cuti dari universiti, so mama amik kesempatan nie tuk masak makanan kegemaran kami sekeluarga. Jadi, semalam kerja anis asyik makan jer.


Tengah hari makan mee kari, petang buat chocolate dan malam masak Spaghetti. Spaghetti nie anis yang masak sendiri owkay. Heee.. tapi anis nak kongsi resepi Mee Kari dulu dengan korang tau. Jom..


Bahan Tumisan:


10 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
Halia
Daun kari
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kulit kayu manis


Bahan Campuran:


1 kilo Isi kerang
½ kilo Udang kertas
Fish ball
Tauhu
Rempah kari daging
Santan




Seperti biase barang-barang basah nie wajib ade untuk masak Mee Kari nie owkay. lau tak de, tak rase lar Mee Kari nie. Kerang, fish ball dan juga udang. buang kulit dan kepala udang dan asingkan isi. Kulit n kepala udang direbus seketika dan dikisar dengan sedikit air, tapis dan ambil airnya



kita juga memerlukan santan untuk membuat kari. pastikan santan tersebut tidak terlalu pekat. kari nie mama anis buat cair sedikit. lau pekat sangat tak sedap lak. depends lar pada korang.. wish one yang korang rase sedap




Firstly, masukkan sedikit minyak. tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar. then masukkan daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. tumis hingga naik bau kae. then masukkan serbuk kari daging yang telah dicampurkan sedikit air kedalam bahan tumis tadi. tumis sehingga pecah minyak,




Bila sudah pecah minyak, masukkan air udang yang dikisar tadi. then santan serta sedikit gula dan garam.



kacau dan masukkan isi kerang, udang dan juga fish ball. biarkan ianya mendidih seketika.



owkay.. anis masukkan fish ball akhir sekali. tengok tak fish ball tuh timbul kat atas? kesian isi kerang dengan udang duk kat bawah. tak timbul-timbul.. hahaa.. kuah da siap. sedia untuk dihidangkan untuk keluarga.




Bahan Hiasan:


Mee kuning ( dicelur seketika dan titiskan sedikit minyak dalam air rebusan bagi mengelakkan daripada melekat)
Bawang goreng
Taugeh ( goreng dan potong kecil )
Daun sup
Daun bawang
Daun sup
Limau
lada besar
telur

Taaaaaaarraaaaaaaaaaaaaaaaa.. da siap pun. nie anis punyer tau. Yummy! owkay, da ngantuk. nantikan next resepi yer..





p/s: Jangan lupe cube tau..




♥ suka x? LIKE ae ♥


Like My Blog Fanpage

Saturday, February 9, 2013

Warna lipstik tentukan warna diri?

Assalamualaikum..

Selama ini pernahkah anda terfikir bahawa warna lipstik yang kamu oleskan di bibir setiap hari ada maknanya? Pemilihan warna lipstik terpulang kepada citarasa individu dan disebalik warna pilihan mereka itu ia mewakili sikap dan keperibadian diri mereka sendiri. Ada yang menyesuaikannya dengan warna kulit dan ada juga yang memilih warna lipstick memilih mood. Apa yang boleh disingkap disebalik warna-warna itu? Jom semak..


WARNA MERAH

• Merah menjadi pilihan mereka yang gemar menjadi perhatian ramai dan memiliki keyakinan diri yang tinggi. Selain itu mereka juga tidak suka diperlekehkan oleh orang lain. Pendek kata, jangan cuba main-main dengan mereka ini. Buruk akibat nya nanti! Namun begitu mereka sebenarnya baik hati.

WARNA MERAH JAMBU

• Warna ini mencetuskan kesan seksi dan pesona kepada si pemakainya. Ia juga sesuai sama ada bagi si kulit gelap ataupun cerah. Mereka yang memilih warna ini dikatakan seorang yang romantik dan berjiwa penyayang. Mereka juga tidak suka mencari masalah dengan orang lain. Tapi awas, mereka ini agak sensitive sebenarnya walaupun kadang kala dari segi luaran seolah-olah mereka ini tak kisah saja.

WARNA COKLAT

• Warna ini menjadi pilihan mereka yang tak suka terlalu menonjol dari segi imej. Bagi mereka, bakat dan keupayaan diri adalah perkara yang lebih penting. Mereka yang memilih warna ini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi merupakan simbol kesetiaan dan boleh dipercayai.

WARNA UNGU

• Mereka yang memilih warna ungu adalah mereka yang sofistikated dan memiliki pertahanan diri yang jitu. Selalu nya individu dari kategori ini berpegang kuat pada prinsip dri sendiri dan tidak gentar dengan orang lain. Ia memerlukan rasa yakin yang kuat untuk membolehkan seseorang itu memilih dan memakai warna ini!

WARNA OREN

• Seperti juga si pemakai warna ungu, mereka yang memilih warna ini adalah seorang yang berdedikasi terhadap kerjaya/pelajaran mereka. Mereka juga lemah lembut orang nya namun memiliki sekeping hati yang keras. Kadang kala mereka sanggup bertengkar demi mempertahankan pendapat.

PELEMBAP BIBIR TANPA WARNA

• Ia menjadi pilihan bagi mereka yang ingin kelihatan cantik semulajadi kerana ia hadir tanpa sebarang warna. Malah paling tidak pun, merka hanya memilih lip gloss yang mengikut warna bibir. Walaupun tanpa sebarang warna, ia tetap memberikan kesan yang tersendiri. Personaliti si pemakainya juga cukup mudah. Mereka gemarkan hidup yang aman dan damai. Jadi sebab itu mereka lebih gemar melepak di tempat yang mendamaikan.

dah kenal pasti yang mane satu diri anda? hee..




♥ suka x? LIKE ae ♥


Like My Blog Fanpage

Friday, February 8, 2013

Renungan

Assalamualaikum dan Salam Jumaat..

Alhamdulillah, akhir nya dapat jugak anis bukak blog kesayangan anis nie. mintak maaf banyak-banyak lar sebab da lama menyepikan diri. mesti korang tertunggu-tunggu entry dari anis kan? hahaa.. poyo jer anis nie. macam ade jer orang nak bace blog nie. hehe.. tak pe lar tak de orang bace pun, anis still jugak nak updates blog nie. sorry blog..




tengok tuh.. tengok tuh.. malu nk tunjuk muka sebab rasa bersalah tahap gaban. sebenarnya sekarang nie anis tengah menguruskan atau dengan kata nama lain menyelesaikan segala dokumen penting dan perlu untuk sambung belajar.

Alhamdulillah, anis dapat menyambungkan pelajaran diperingkat degree. alhamdulillah, ilmu pun semakin bertambah. bak kata orang, menimba ilmu biar sampai ke negara China. cheewahh, hahaa.. kelas gitu.

disamping kita menimba ilmu dunia, ilmu akhirat jangan di lupakan tau. kita kena seimbangkan ilmu dunia dan ilmu akhirat, baru lar hidup kita diberkati Allah S.W.T. malah, ilmu yang kita timba juga mudah difahami. pada adik-adik diluar sana yang masih bersekolah, akak nak nasihatkan supaya belajar rajin-rajin. tak perlu lar nak berkapel dan sebagainya lagi.

mase adik-adik masih panjang lagi. malah, Allah S.W.T juga telah menetapkan jodoh kita sejak dari azali. cuma disini akak nak tekankan belajar lar rajin-rajin dan tak perlu nak bercintan cintun dengan cinta monyet yang akhirnya ntah ke mana. yang penting jaga maruah diri, harga diri kita sebagai seorang wanita. Alhamdulillah, jika niat kita baik Allah akan menjaga kita. In Shaa Allah..

akhir kata, mari lah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada junior-junior anis selaku sahabat yang telah pergi buat selama-lamanya. Semoga arwah syamil, syazwan, rizal, fazreen, dan arwah syarafi ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh. amin.. Al-Fatihah..



♥ suka x? LIKE ae ♥


Like My Blog Fanpage

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved by arnissastory.blogspot.com