Wednesday, October 19, 2011

khasiat sarapan pagi

assalamualaikum..

hye korang..? apa khabar pagi niew? chat? alhamdulillah.. smoga semua nya berada dalam keadaan chat alhamdulillah.. amin. so..? apa rancangan korang pagi niew? haaa.. yang tuh anis xtau. korang pikir sendiri nak buat ape. hehee..

haaaaa.. sebelom korang pikir kan apew yang korang nak buat pagi niew apa kata korang g makan dulu? haaa.. lau tibai nasi lemak pagi2 niew best ugak kan? buat pengetahuan korang.. anis niew suka makan nasi lemak tau time pagi2. apew? korang xtanyer pun? xpew2.. anis nak gtau jer. hehe, xtau nape.. sdaaaaaaaaaaaap sangat. huhuhu.. tp xtau lar korang suka makan apa pagi2 niew kan? macam2 bley makan, roti canai, kueh mueh n so on.


penting tau isi perut pagi2 niew. Sarapan atau alas perut, makanan pagi amat penting dalam kehidupan. Sarapan bagai baja kepada kehidupan tumbuhan. Begitulah juga manusia yang memerlukan sarapan pada setiap pagi. Terdapat pelbagai kerenah manusia terutama remaja yang berada di bangku sekolah tentang tabiat bersarapan pagi antaranya:

· Sebilangan besar remaja tidak bersarapan pagi sebelum ke sekolah. Mereka hanya bersarapan jam 10 pagi pada waktu rehat di sekolah.
· Pemilihan makanan untuk sarapan hanya kepada makanan yang digemari dan bukan kepada makanan yang berkhasiat.
· Sarapan pagi tidak mengandungi karbohidrat seperti roti dan bijirin yang boleh merangsang fungsi otak.
· Sarapan pagi tidak diikuti dengan minuman seperti susu, milo atau minuman lain yang berkhasiat.
· Sarapan pagi sesuatu yang asing dan ganjil bagi mereka yang tidak pernah melakukannya antara jam 7.00 hingga 9.30 pagi.

Fenomena remaja kita hari ini yang tidak bersarapan pagi ke sekolah dianggap perkara biasa. Mereka akan berasa tidak selesa apabila bersarapan pagi. Sebenarnya, sarapan pagi tidak perlu terlalu berat, cukup sekadar segelas susu, sekeping roti atau sedikit bijirin.

haaaaa.. xboley cam tuh adik2. penting tau sarapan pagi niew. Otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran ke arah pembelajaran yang lebih cemerlang di sekolah. Sarapan pagi dikatakan dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.

Pemilihan sarapan terutamanya yang kaya dengan karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari. Ada saintis yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak.

Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau di tempat kerja, walaupun hanya mengambil sarapan sekeping roti dan secawan kopi.

Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.

Kesan lebih ketara dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan baik. jadi , x hairan lah ramai pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.

haaaaa.. da bace? pada adik2 kat luar sana 2, mulai hari niew korang kene sarapan tau.. renung2 kan. ngee~~ :)


♥ suka x? LIKE ae ♥


Like My Blog Fanpage

2 comments:

Langit & Bumi said...

pagi ni breakfast bihun goreng...every morning sy breafast.hehehe....

Nurul Anis said...

oughh.. ye kew? alhamdulillah. mesti da knyg kan? da bertenaga tuk mulakan kije. hurmp.. bgus2.. hari2 kene sarapan tau.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved by arnissastory.blogspot.com