hye sume.. apa khabar? sihat x? alhamdulillah.. haa, hari niew anis nak kongsi something nga korang niew. bagi sesiapa yang mengalami masalah kesukaran untuk tido tuh, haaa.. anis adew tips. hope dapat membantu lar. insyaallah. Bagi sesetengah orang macam anis.. pantang tempat gelap ckit, mata mesti mengantuk. Tetapi ada juga orang yang tidak boleh tidur lau gelap. Dia akan terasa lemas. Mungkin faktor ini disebabkan amalan sejak kecik kot. Tapi ada lagi orang yang pantang letak kepala di bantal, terus terlelap tidak kira gelap atau cerah. Mungkin akibat keletihan melampau. haaaa.. :)
Mengikut kajian, faktor seperti hilang kerja, penceraian, masalah rumahtangga dan tekanan perasaan menyebabkan masalah kesukaran untuk tidur niew. Kualiti tidur juga terjejas berikutan peningkatan usia. Walaupun insomnia dengan sebab-sebab berbeza, korang boley mengamalkan tip-tip yang berikut:
1. Tetapkan masa tidur dan masuk tidur pada waktu yang sama setiap malam. Kalau ada gambar/ filem yang seronok (ditunggu-tunggu) pun, jangan tunggu sampai habis. Sila la beradu.
2. Lakukan senaman pada siang hari. Semestinya anda akan rasa mengantuk pada malam hari. Kalau tak Berjaya juga, bersenamlah sepanjang hari. Kalau tak letih jugak, bukan orang lar namanya. hahaaaa...
3. Jangan ambil minuman berkafien kerana ia mungkin menyebabkan anda tidak rasa mengantuk.
4. Elakkan makan terlalu banyak pada waktu malam. Ingat bahawa esok masih ada untuk makan. Tapi kalau dah ajal, innalillah....
5. Amalkan teknik relax secara kerap. Buat latihan pernafasan dan meditasi serta yoga (untuk bukan Islam).
6. Mandi dengan air suam sebelum tidur. Untung pada sesiapa yang dah berkahwin sebab boleh minta pasangan anda mengurut. Kalau yang belum berkahwin, minta kawan-kawan atau saudara untuk mengurut kerana mengurut juga boleh membuatkan anda relax. owkay..
7. Elakkan atau kurangkan buang air kecil. Jika terpaksa, cuba hadkan sekali selepas 1 jam di tempat tidur. Ada ke orang buang air setiap jam selain wanita mengandung? Wallahu’alam.
8. Jika tidak lena juga selepas 20 minit dan tidak mengantuk, bangun dan membaca (cari buku yang membosankan seperti buku sejarah ) atau lakukan sesuatu yang kurang aktif sehingga mengantuk. Kemudian cubalah korang tidur.
9. Jangan terlalu fikirkan masalah anda tak dapat tidur. Ingatkan diri anda, walaupun susah tidur, ia bukan ancaman kehidupan.
owkay..?
Pada yang sukar tidur, selamat beramal. :)
2 comments:
tido lah awal,untuk bangun awal....bangun lambat,susah lah nak tido malam....hehehe
saya tdo awl pn terlelap lmbat ugk. huhuu..:)
Post a Comment