Saturday, February 9, 2013

Warna lipstik tentukan warna diri?

Assalamualaikum..

Selama ini pernahkah anda terfikir bahawa warna lipstik yang kamu oleskan di bibir setiap hari ada maknanya? Pemilihan warna lipstik terpulang kepada citarasa individu dan disebalik warna pilihan mereka itu ia mewakili sikap dan keperibadian diri mereka sendiri. Ada yang menyesuaikannya dengan warna kulit dan ada juga yang memilih warna lipstick memilih mood. Apa yang boleh disingkap disebalik warna-warna itu? Jom semak..


WARNA MERAH

• Merah menjadi pilihan mereka yang gemar menjadi perhatian ramai dan memiliki keyakinan diri yang tinggi. Selain itu mereka juga tidak suka diperlekehkan oleh orang lain. Pendek kata, jangan cuba main-main dengan mereka ini. Buruk akibat nya nanti! Namun begitu mereka sebenarnya baik hati.

WARNA MERAH JAMBU

• Warna ini mencetuskan kesan seksi dan pesona kepada si pemakainya. Ia juga sesuai sama ada bagi si kulit gelap ataupun cerah. Mereka yang memilih warna ini dikatakan seorang yang romantik dan berjiwa penyayang. Mereka juga tidak suka mencari masalah dengan orang lain. Tapi awas, mereka ini agak sensitive sebenarnya walaupun kadang kala dari segi luaran seolah-olah mereka ini tak kisah saja.

WARNA COKLAT

• Warna ini menjadi pilihan mereka yang tak suka terlalu menonjol dari segi imej. Bagi mereka, bakat dan keupayaan diri adalah perkara yang lebih penting. Mereka yang memilih warna ini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi merupakan simbol kesetiaan dan boleh dipercayai.

WARNA UNGU

• Mereka yang memilih warna ungu adalah mereka yang sofistikated dan memiliki pertahanan diri yang jitu. Selalu nya individu dari kategori ini berpegang kuat pada prinsip dri sendiri dan tidak gentar dengan orang lain. Ia memerlukan rasa yakin yang kuat untuk membolehkan seseorang itu memilih dan memakai warna ini!

WARNA OREN

• Seperti juga si pemakai warna ungu, mereka yang memilih warna ini adalah seorang yang berdedikasi terhadap kerjaya/pelajaran mereka. Mereka juga lemah lembut orang nya namun memiliki sekeping hati yang keras. Kadang kala mereka sanggup bertengkar demi mempertahankan pendapat.

PELEMBAP BIBIR TANPA WARNA

• Ia menjadi pilihan bagi mereka yang ingin kelihatan cantik semulajadi kerana ia hadir tanpa sebarang warna. Malah paling tidak pun, merka hanya memilih lip gloss yang mengikut warna bibir. Walaupun tanpa sebarang warna, ia tetap memberikan kesan yang tersendiri. Personaliti si pemakainya juga cukup mudah. Mereka gemarkan hidup yang aman dan damai. Jadi sebab itu mereka lebih gemar melepak di tempat yang mendamaikan.

dah kenal pasti yang mane satu diri anda? hee..




♥ suka x? LIKE ae ♥


Like My Blog Fanpage

3 comments:

Abg Is said...

Wah..lama membawa diri,
pergi Moscow ka?

:D

Nurul Anis said...

ahaaaa.. kan best lau betol2 pergi Moscow.. hehe

Sarah Mnasir said...

tak suka pakai lipstik n xreti. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved by arnissastory.blogspot.com