Saturday, February 9, 2013

Warna lipstik tentukan warna diri?

Assalamualaikum..

Selama ini pernahkah anda terfikir bahawa warna lipstik yang kamu oleskan di bibir setiap hari ada maknanya? Pemilihan warna lipstik terpulang kepada citarasa individu dan disebalik warna pilihan mereka itu ia mewakili sikap dan keperibadian diri mereka sendiri. Ada yang menyesuaikannya dengan warna kulit dan ada juga yang memilih warna lipstick memilih mood. Apa yang boleh disingkap disebalik warna-warna itu? Jom semak..


WARNA MERAH

• Merah menjadi pilihan mereka yang gemar menjadi perhatian ramai dan memiliki keyakinan diri yang tinggi. Selain itu mereka juga tidak suka diperlekehkan oleh orang lain. Pendek kata, jangan cuba main-main dengan mereka ini. Buruk akibat nya nanti! Namun begitu mereka sebenarnya baik hati.

WARNA MERAH JAMBU

• Warna ini mencetuskan kesan seksi dan pesona kepada si pemakainya. Ia juga sesuai sama ada bagi si kulit gelap ataupun cerah. Mereka yang memilih warna ini dikatakan seorang yang romantik dan berjiwa penyayang. Mereka juga tidak suka mencari masalah dengan orang lain. Tapi awas, mereka ini agak sensitive sebenarnya walaupun kadang kala dari segi luaran seolah-olah mereka ini tak kisah saja.

WARNA COKLAT

• Warna ini menjadi pilihan mereka yang tak suka terlalu menonjol dari segi imej. Bagi mereka, bakat dan keupayaan diri adalah perkara yang lebih penting. Mereka yang memilih warna ini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi merupakan simbol kesetiaan dan boleh dipercayai.

WARNA UNGU

• Mereka yang memilih warna ungu adalah mereka yang sofistikated dan memiliki pertahanan diri yang jitu. Selalu nya individu dari kategori ini berpegang kuat pada prinsip dri sendiri dan tidak gentar dengan orang lain. Ia memerlukan rasa yakin yang kuat untuk membolehkan seseorang itu memilih dan memakai warna ini!

WARNA OREN

• Seperti juga si pemakai warna ungu, mereka yang memilih warna ini adalah seorang yang berdedikasi terhadap kerjaya/pelajaran mereka. Mereka juga lemah lembut orang nya namun memiliki sekeping hati yang keras. Kadang kala mereka sanggup bertengkar demi mempertahankan pendapat.

PELEMBAP BIBIR TANPA WARNA

• Ia menjadi pilihan bagi mereka yang ingin kelihatan cantik semulajadi kerana ia hadir tanpa sebarang warna. Malah paling tidak pun, merka hanya memilih lip gloss yang mengikut warna bibir. Walaupun tanpa sebarang warna, ia tetap memberikan kesan yang tersendiri. Personaliti si pemakainya juga cukup mudah. Mereka gemarkan hidup yang aman dan damai. Jadi sebab itu mereka lebih gemar melepak di tempat yang mendamaikan.

dah kenal pasti yang mane satu diri anda? hee..




♥ suka x? LIKE ae ♥


Like My Blog Fanpage

Friday, February 8, 2013

Renungan

Assalamualaikum dan Salam Jumaat..

Alhamdulillah, akhir nya dapat jugak anis bukak blog kesayangan anis nie. mintak maaf banyak-banyak lar sebab da lama menyepikan diri. mesti korang tertunggu-tunggu entry dari anis kan? hahaa.. poyo jer anis nie. macam ade jer orang nak bace blog nie. hehe.. tak pe lar tak de orang bace pun, anis still jugak nak updates blog nie. sorry blog..




tengok tuh.. tengok tuh.. malu nk tunjuk muka sebab rasa bersalah tahap gaban. sebenarnya sekarang nie anis tengah menguruskan atau dengan kata nama lain menyelesaikan segala dokumen penting dan perlu untuk sambung belajar.

Alhamdulillah, anis dapat menyambungkan pelajaran diperingkat degree. alhamdulillah, ilmu pun semakin bertambah. bak kata orang, menimba ilmu biar sampai ke negara China. cheewahh, hahaa.. kelas gitu.

disamping kita menimba ilmu dunia, ilmu akhirat jangan di lupakan tau. kita kena seimbangkan ilmu dunia dan ilmu akhirat, baru lar hidup kita diberkati Allah S.W.T. malah, ilmu yang kita timba juga mudah difahami. pada adik-adik diluar sana yang masih bersekolah, akak nak nasihatkan supaya belajar rajin-rajin. tak perlu lar nak berkapel dan sebagainya lagi.

mase adik-adik masih panjang lagi. malah, Allah S.W.T juga telah menetapkan jodoh kita sejak dari azali. cuma disini akak nak tekankan belajar lar rajin-rajin dan tak perlu nak bercintan cintun dengan cinta monyet yang akhirnya ntah ke mana. yang penting jaga maruah diri, harga diri kita sebagai seorang wanita. Alhamdulillah, jika niat kita baik Allah akan menjaga kita. In Shaa Allah..

akhir kata, mari lah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada junior-junior anis selaku sahabat yang telah pergi buat selama-lamanya. Semoga arwah syamil, syazwan, rizal, fazreen, dan arwah syarafi ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh. amin.. Al-Fatihah..



♥ suka x? LIKE ae ♥


Like My Blog Fanpage

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved by arnissastory.blogspot.com