Sunday, April 27, 2014

PART 1 Menawan Puncak Gunung Angsi 2014

Assalamualaikum

Lama nya tak update blog nie. rindu rasa.. maaf sangat, anis terlalu banyak komitmen. maklum lah, status pelajar memang tak boley lari dari perkataan belajar, dengan class yang padat dan sebagai nya.. fuhhh, ada orang rindu anis tak? *perasanmacammanantah

hari tu kan, anis join aktiviti dibawah department anis yakni amik kau ayat  Fine Metal Kontemporari. da lama tak beraktiviti, so kali nie join aktiviti gempak terus. haaa, gampang tak? mula nya memang tak nak join sebab nya, nyer lah aktiviti berat kan. gila tak takut.. hahaa.. tapi tak pe, bila lagi kan nak join aktiviti macam nie. bagi sesape yang pernah daki atau tawan gunung nie ha, depa tau lar macam mana perasaan nye, iyer dok? yang tak pernah join tu, try lar dulu okay best sangat sangat tau. gila tak best, nak daki tu da berapa jam berjalan. jalan kaki okay, so, korang kena ada stamina yang kuat tau.

kitorang punya aktiviti nie hanya 3 hari 2 malam sahaja. tak lama pun, rasa kejap sangat. tak puas lak rasa. hmmm.. best sangat sampaikan tak rasa jer hari-hari berlalu. okay, korang skroll ke bawah lau nak baca okay.

11 APRIL 2014 ( JUMAAT )

kitorang berkumpul dihadapan Kolej Seroja jam 8 pagi. so, bas gerak dalam jam 8.30 pagi. Firstly, kitorang bergerak ke Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin Negeri Sembilan dulu untuk misi akademik iaitu memperkenalkan fakulti Seni Lukis & Seni Reka serta dua department iaitu Fine Metal Kontemporari dan juga Printing. okay, lupa lak nak bagitau korang, kitorang gabung dua department untuk program ni.
 amik ha, gambar siap ade masa u. yang berbaju hitam tu koordinator fine metal iaitu Encik Fairus dan yg berbaju kelabu tu Encik Yusof. yang pakai baju melayu pengetua sekolah 

En Fairus dan En Yusoff menerangkan serba sedikit pasal UiTM, our faculty dan juga department kitorang.
sebelom balik bergambar bersama pelajar serta cikgu yang terlibat dalam misi akademik ini.

kemudian, kitorang meneruskan perjalanan ke hutan lipur ulu bendul Negeri Sembilan. kami sampai disana pada jam 4 petang. 
               Gunung Angsi ( Ayuh nikmatilah keindahan semulajadi ciptaan Yang Maha Esa )

Yeay! kami da sampai. nice view sangat. korang nanti boley lar datang sini tau. tempat yang anis bergambar nie di bahagian tengah dah. kat depan ada kolam mandi, restoran. so, bagi sesiapa yang tak bawak bekalan makanan kesini, jangan bimbang anda tak akan kelaparan. , kolam.
nampak tak semangat kerjasama kat situ? best sangat panjat gunung dengan diorang sebab mereka nie sporting giler-giler tau. hah, siap jugak akhir nya. aktiviti ni bukan saja memupuk sifat disiplin dalam diri masing masing, malah sifat bantu membantu juga penting supaya segala kerja dapat disiapkan on time okay.
tapak perkhemahan kami sangat selesa kerana terdapat kemudahan surau dan juga toilet. nampak tak dalam gambar tu? ada surau tau.. kerlasss sangat tempat kami berkhemah. nasib baik tau sebab malam tu hujan. ada khemah yang masuk air. lau tak mengigil kitorang tido dalam kebasahan.
siap suda tapak perkhemahan kami. lima khemah jer tau. tiga khemah tuk girl dan yang selebih nya tuk boy. boy ada yang tido kat bawah khemah yang terbukak tu sebab malam diorang jadi sentri bergilir-gilir.  
sebesar besar alam ha amik port gantung banner sampai semua pengunjung kat situ duk usha khemah kitorang.
nie ha barangan yang kami bawak dari kampus. masa nak datang sini da bagi by group then dari group tu bahagikan lagi sikit sorang. so, tak lar berat sangat beg tu. masalah seperti roti penyet tu dah biasa lah kan. haha
sebelom maghrib da kena masak siap-siap. malam tu kitorang buat bbq sikit. haa, kenal tak siapa yang pegang sudip tu? hehe. jadi chef kejap kat sana, kat rumah jarang sangat masuk dapur pun, kantoi suda. lepas jer maghrib, kami solat maghrib berjemaah dan makan malam.   
selfie dulu tau
blur sikit gambar bbq nie ha. sorry..

memasing muka da cuak tunggu nak makan. lapor bebenor dah ha. lepas makan kitorang masuk tido awal sebab awal-awal lagi kena bangun masak tuk breakfast dan bekalan di puncak tuk tengah hari. 
yang lelaki bergilir-gilir jadi sentri setiap dua jam. kesian diorang kan? nasib baik diorang tak suruh yang gegurl nie jadi sentri jugak. hehe. terima kasih wahai si lelaki-lelaki. nyenyak sangat  kitorang tido. tapi malam tu kitorang tak bernasib baik, dalam kul 2 pagi hujan turun membasahi hutan simpan ulu bendul, ada khemah yang masuk air dan kitorang terpaksa beralih tempat tido ke surau yang berdekatan. mak ai sejuk kemain. dengan sejuk nya.. dah lar anis tak bawak sleeping bag. bersweater dan berstokin jer lah, tido pun tido ayam jer. korang lau nak pergi daki gunung make sure bawak sleeping bag tau sebab kita tak jangka benda nak jadi.

okay lah, nanti anis sambung next entry tuk daki gunung angsi lak okay..

bye bye..


♥ suka x? LIKE ae ♥


Like My Blog Fanpage

Thursday, November 21, 2013

Almarhum Ahmad Ammar Ahmad Azam

Assalamualaikum

Allah huakbar.. tersentuh hati melihat video Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia yang Dimuliakan Di Turki. terasa diri begitu kerdil. terkadang ku termenung dan menangisi kekhilafan diri ini. Ya Allah.. :'(

dimanakah tempat kita dan layakkah kematian kita ditunggu-tunggu oleh sekalian pndduk langit dan juga sang pencipta kita disana nanti.. allahuakbar..

sedikit perkongsian berkaitan mujahid ini. semoga kita sentiasa muhasabah diri dan cuba untuk jadi yang terbaik dalam berdakwah dan menegakkan agama Islam.


Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki. Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki.

Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya.

Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya. Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya.

Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki. Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria.

Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam. Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn.

Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.


Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar.

"Kami menghantar anakanda kami ke bumi AlFateh bagi mempersiapkannya untuk umat. Rupa2nya Allah mempersiapkannya untukNYA." - Puan Nur Azlina (bonda Allahyarham Ahmad Ammar)

"SubhanaLlah, AlhamduliLlah, ALlahu Akbar! Tiada ku duga pemergian Ahmad Ammar telah menghidupkan begitu banyak jiwa. Aku merasa begitu kerdil tika di tanyakan apa formula bagi mempersiapkan Ammar begitu rupa! Jujur aku katakan, sumbangan aku terlalu sedikit. Sekadar meletakkan visi dan misi yang aku impikan kepadanya. Rupanya, apabila ku nawaitukan anak ku ini untuk ALlah dan RasulNYA, perancangan ALlah berjalan dengan cara yang tiada mampu untuk aku membayangkannya. Apalagi untuk memahaminya. Pemergian Ammar mengajar aku banyak perkara mengenai KEBESARAN ALLAH ! Terima kasih Ya ALlah !" - Tuan Haji Ahmad Azam (ayahanda Allahyarham Ahmad Ammar)

Alfatihah buat almarhum ammar.. :'(


♥ suka x? LIKE ae ♥


Like My Blog Fanpage

Sunday, June 23, 2013

A True Friends

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, da masuk bulan Sya'ban pun. tak sabar pulak rasa nya nak berpuasa. rindukan bulan puasa sangat-sangat. Alhamdulillah, tempoh pengajian anis tuk semester 03 pun da nak berakhir. banyak sangat pahit manis kat sini. baru semester 03, masih ade 03 semester lagi. By the way, 26 hb dan 29 hb nie anis exam paper. subject lain sume work.

so, dikesempatan nie, anis nak mintak maaf banyak-banyak pada semua jika anis ade terkasar bahasa, terguris kata dan sebagai nya. mohon dihalal kan segala nyer. korang doakan anis yerr..

dalam persahabatan ade kala nyer ianya manis dan adakala nyer pahit. jadi pandai-pandai lar pilih kawan untuk dijadikan straight line jika kita tersasar dari landasan yang tak sepatut nyer. You may have many friends, or only a few. Some are only acquaintances, not true friends. A friend is someone you can hang out with, have fun with and depend on.


“What is a friend? A single soul in two bodies.”— Aristotle




Setiap perbicaraan yang keluar daripada mulut seseorang menunjukkan apa yang ada dalam fikirannya serta perangainya. Berbicara sesuatu yang perlu dan menghindari perbicaraan yang tidak berfaedah merupakan ibadah yang besar pahalanya. Sabda Rasulullah s.a.w.


Maksudnya

'Daripada kebaikan iman seseorang ialah meniggalkan apa yang tidak bermakna bagiya.'
(Hadith Riwayat at-Tirmidzi)


Orang yang tidak memperkatakan sesuatu yang tidak berfaedah baginya merupakan tanda kejayaan hidupnya sebagai seorang mukmin.



Allah S.W.T. berfirman


Maksudnya

'Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, orang yang menjauhkan diri daripada perbicaraan yang tidak berguna.'

(Surah al-Mukminun : 1-3)


Abdullah ibnu Abbas r.a. mengatakan 'Ada lima perkara yang lebih baik bagi mereka daripada kuda liar yang dibiarkan diam.'


Pertama: Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu yang tidak mengenai dirimu kerana hal itu merupakan perbicaraan yang tidak perlu dan aku tidak menjamin engkau akan selamat daripada dosa.

Kedua:Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu sebelum engkau mengetahui saatnya yang tepat sebab mungkin orang berbicara tentang sesuatu yang penting baginya tetapi kerana dilakukan tidak tepat pada waktunya boleh menimbulkan hal-hal yang memalukan.

Ketiga:Janganlah engkau berdebat dengan orang yang sabar atau bijaksana dan juga dengan orang yang berperangai buruk sebab orang yang sabar tidak akan menghiraukan dirimu manakala orang yang berperangai buruk akan menyakiti hatimu.

Keempat: Ceritakanlah kepada saudaramu yang tidak hadir tentang apa yang engkau sendiri ingin dia ceritakan kepadamu dan maafkanlah dia seperti engkau sendiri ingin dimaafkan olehnya.

Kelima: Buatlah seperti orang yang benar-benar sedar bahawa perbuatan itu akan mendatangkan kebajikan dan tidak akan mendatangkan dosa atau kesalahan. (Ibnu Abi Dunya).



Oleh itu kita mesti lar menjaga lidah kerana seseorang itu boleh terjerumus ke lembah yang hina disebabkan oleh lidahnya yang tidak terkawal. Orang yang berbicara tanpa kawalan akan kehilangan arah. Atas keprihatinan ini, Islam menggariskan tatacara dan adab berbicara agar umatnya sentiasa berada dalam lingkungan keredhaan Allah.


sekadar renungan dan muhasabah diri di bulan yang baik ini. Sekali lagi maaf buat semua rakan-rakan , guru, lecturer dan semua yang mengenali diri ini.


p/s : wish me luck for the final exam ya guy..



♥ suka x? LIKE ae ♥


Like My Blog Fanpage

Thursday, May 30, 2013

Official Grad in Diploma Art & Design


Assalamualaikum ♥


Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Illahi.. Akhir nya penat lelah belajar selama 3 tahun berbayar. teruja sangat sampaikan tak tau apa perasaan time tuh. gembira ke, sedih ke, huhu.. tapi time belajar lar the best moment in the world. banyak pengalaman pahit, manis suka dan duka bersama kawan-kawan mengharungi liku-liku time belajar nie. cewahh.. ayat skema kot. haha

19 Mei 2013 .. tarikh paling manis dalam hidup, masuk dalam dairi. hehee.. dairi blog lar.. bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor ( DATC ) UiTM Shah Alam berlangsung nya Istiadat Konokesyen Ke-78. Walaupun parents tak dapat datang kerana hal yang tak dapat dielakkan, tapi perasaan time tu hanya Allah jer yang tau.

Rasa macam tak percaya pun ada.. da tua rupa nya aku nie kan. da abis belajar da, da grad, da ade diploma.. kawan-kawan da ramai yang kawin. aku bila lagi? macam tu lar lebih kurang mengelamun lau duk sorang-sorang. he he he.. yang penting janji Allah itu pasti.

Yang pasti ramai sangat tetamu terutama nya parents, saudara yang datang time nie. penuh dengan orang kat bahagian luar dewan. semangat nya kan? ibu bapa lar orang yang paling bahagia sekali dapat tengok anak-anak diorang berjaya ke menara gading. tacing tetibe.. T_T


Dewan Agong Tuanku Canselor.. mak ai, penuh giler dengan orang. nak jalan pun tak boley.. cantik kan dewan nie?


Di bahagian hadapan dewan ada banyak gerai dibukak untuk pakage shoot gambar konvo. murah jer.. banyak pakage disediakan. so, tak payah amik gambar dekat kedai luar. mahal kot. gerai jual bunga, tedy bear pun ada..



rezeki diorang, kaya lar jual bunga pun sampai RM 40 lebih. hahaaa.. sempat lagi pegi usha kedai bunga keesokan hari nya lepas antar jubah konvo.


Classmate .. Sebelom masuk Dewan



dari kiri K'Ila, Saya, Nad dan Lin ♥



With Nazwa Sanap.. itu bukan bunga Anis, pinjam Nazwa. he he he


Nampak tak? perasaan masing-masing lepas habis istiadat



Tak sempat nak amik gambar macam nie dengan classmate. T_T Tskkkkkkk













Diantara sahabat-sahabat yang bersama-sama berjuang. sorry, anis amik gambar korang masuk blog. he he he.. tak pe kan? mintak halal yer. he he he..

Untuk sahabat, halalkan segala nya. mintak maaf jika ada yang terkurang dan yang terlebih time belajar dulu dan sekarang.




-
-
-
-
-




The Special One






And With Love ♥



-
-
-
-
-




Thanks for coming Dear Love



Lastly from me ♥


Wish me luck friends. Doakan yang terbaik untuk Anis kae. Thank you for reading.. luv u all ♥



♥ suka x? LIKE ae ♥


Like My Blog Fanpage

Monday, May 6, 2013

Janji di Tepati

Assalamualaikum...

Well done.. habis sudah PRU13 pada kali nie. Tahniah pada parti yang telah menang. pada parti yang tidak menang, usaha lagi. congratulation..

bak kata my lecturer.. eventhough, parti parti mane pun menang or kerajaan bertukar, assignment tetap kena hantar. wuwuuuu, sadis betol. kae, terpaksa bertungkus lumus menyiapkan assignment untuk submit this Wednesday.

This morning, when i wake up .. my little brother send me a chat di facebook. gues what? owkay, he got straight 5A's in exam. Alhamdulillah.. he did it. congratulation again abang jie. see..?


chat Abang Jie dengan Anis



so, da pandai menabur janji, die da mintak present..

Actually tak belikan pun lagi present tuk die, sajer nak sedapkan hati die dengan rencah ajinomoto. taruk gula sikit, baru manis.. haha.. yang penting kene belikan hadiah untuk die cepat before balik kampung.

'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk akibat nya'.. pandai lar nak manilai mane baik dan mane yang buruk.. one more, bile da berjanji kena lar tepati janji tu.. baru orang suke. jangan main cakap jerr... habuk pun tak ada..

Kae .. nak siap kuar belikan present untuk Abang Jie..

Bye -_-v


♥ suka x? LIKE ae ♥


Like My Blog Fanpage

Friday, March 22, 2013

Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan Salam Jumaat..

Ohayo gozaimasu.. 0-genki desu ka? haaa, jawab cepat, jawab. he he.. ecece ceeehh, amboi.. kemain lagi kau anis. propa jer lebih.. he he he. actually pagi nie anis ade kelas Mix media dengan Puan Saadiah.

tetibe lak kelas dibatalkan sebab Puan ade meeting. kelas photo disebelah petang pun dibatalkan jugak. busy bebenor lecture kat Shah Alam nie. tak same dengan lecturer kat Machang. aeh, aeh.. bley pulak nak main banding gitu ae anis? sekeh baru tau..

disebab kan da bangun mandi, tak kan nak sambung tido kan. tergerak pulak hati nie nak belek-belek buku Jepun. untuk degreee level, kitorang diwajibkan untuk amik subject third language.

so, anis pilih bahasa Jepun jer sebab da lame nak belajar bahasa Jepun nie. mane tau nanti boley pegi holiday or lawatan ke Jepun, tak payah da susah-susah nak belajar kan.





haaaa, nampak tak tuh siap highlight warne biru bagai. pedulikan tulisan anis yang comel lagi kiut tuh kae.. susah jugak nak hafal semua nie. da lame peram otak nie dari membaca lepas pada habis diploma baru nie.

hmm.. cam ner nak bagi kuatkan ingatan ae disamping bace doa tuk kuat ingatan? Jus kurma dan Jus delima, kismis? kena google balik.. he he he





Nie buku Jepun untuk this semester Nihongo 1. buku nie harga RM 14 tak silap. mula nyer nak beli dengan senior. tapi ade seorang hamba Allah nie berbaik hati pulak belikan. -_-'

terima kasih awak.. dalam buku nie ade latihan dan juga translate ayat English - Jepun. buat mase nie cuma boley hafal ayat yang pendek-pendek jer. kena banyak buat latihan dan faham mksud sesuatu ayat tersebut, baru lar tak terketar-ketar, terbelit-belit lidah time kena soal dengan lecturer.. -_-'




yang nie pulak kamus Jepun yang anis beli sendiri kat kedai buku Seksyen 7. kecik molek jer buku nie, harga RM 6 sahaja. hari tuh ade jumpa kamus Jepun dekat kedai Popular dekat Jusco Eon Bukit Raja. harga lam RM 20 kot, isi dalam nyer bagus cuma mase tuh tak dapat Baucer buku lagi. he he he..

kamus nie pun da owkay, cume nak timba ilmu nie memerlukan pengorbanan kan. tak kira lar wang ringgit ke, mase ke. then, yang penting bukan tuk orang lain, tapi tuk diri sendiri jugak.

Pada Kakak, Abang, Mak cik, Pak cik, Puan, Cik yang da fasih berbahasa Jepun nie.. tolong saya budak baru belajar. ade salah tolong tunjukkan yer.. kita sama-sama belajar dan menuntut ilmu. In Shaa Allah, ilmu yang ade akan bertambah dan diredhai..

p/s : kelaparan, tak tahan sangat.. :')


♥ suka x? LIKE ae ♥


Like My Blog Fanpage

Memories


Assalamualaikum..

Sejak sambung belajar, anis da tak de mase nak update entry. kemalasan menguasai diri dengan research berlambak, design dan semua-semua lah. he he he.. Alhamdulillah, anis dapat roomate yang baik-baik dan cumil-cumil sume.

tapi.. tapi kan anis dan classmate jer dari kelantan..yang lain sume orang sini. so, bile cuti sabtu dan ahad sunyi jer bilik sebab sume pakat lari balik umah. untung lar kan umah dekat. kejelesan menguasai diri..

Alhamdulillah, da banyak benda baru yang anis belajar sepanjang di Shah Alam. tak de lar banyak sangat pun, sedikit sebanyak lar.. yang baik jer lar kan, yang buruk tak payah lar nk belajar. huhu.. yang baik itu dijadikan teladan dan yang buruk itu dijadikan sempadan. walaupun mula nyer terkejut dengan persekitaran dan cara hidup disini, tapi anis still dapat kawal diri anis.

so, that's why anis dan kawan-kawan dari kelantan nie banyak join aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk mengisi mase. yer lar, daripada duduk terperap lam bilik, baik join something yang bermanfaat kan? disamping itu, dapat jugak anis kutip kupon tuk still menetap di kolej semester depan. he he he..

ape yang best sangat disini banyak sangat aktiviti yang dianjurkan sampaikan tak menang tangan anis nak join. lau boley semua nyer lar anis nak join. haha.. tamak betol.



Red Warrior Team.. ha ha ha. ohsem tak kitorang? ngeee..



yang nie mase sport day kolej, kitorang masuk bola baling. nampak tak yang pakai tudung merah tuh? haaa, diorg sume team bola baling, group anis. even kalah, tapi kitorang puas hati sangat. pengalaman itu penting kan.. best!







yang nie kitorang ke Putrajaya.. ade pelancaran 1 Million Purple Walk. sajer-sajer nak pegi sebab awal-awal lagi tak de asignment. hu hu.. balik kolej, kaki krem. satu badan kejang. da lame tak beriadah kan, tetibe kena jalan jauh memang terkejut lar.

bile tengok balik gambar kat atas, baru perasan yang kitorang pakai baju dengan tudung merah jer. asal? huhu.. yang pelancaran 1 Million Walk tuh pun dpt baju merah. biase lar sukarelawan jer.. hehe

In Shaa Allah, lau ade aktiviti lagi anis akan usaha tuk menjoinkan diri.. sekarang nie tengah tunggu aktiviti kayak. akak senior tuh bagitau nant ade aktiviti kayak, tak tau betoi ka tidak. just wait and see..

Ape-ape pun benda yang kita buat, solat jangan tinggal yer. itu yang paling penting.. sentiasa ingat Allah S.W.T sentiasa bersama kita.

rasa nyer belom terlambat lagi untuk anis ucapkan tahniah buat adik-adik yang mengambil keputusan peperiksaan SPM. berapa pun keputusan yang adik-adik dapat, bersyukur lar kea sebab adik da berusaha sebaik mungkin.. tahniah sekali lagi akak ucapkan..



♥ suka x? LIKE ae ♥


Like My Blog Fanpage

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved by arnissastory.blogspot.com