Thursday, November 21, 2013

Almarhum Ahmad Ammar Ahmad Azam

Assalamualaikum

Allah huakbar.. tersentuh hati melihat video Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia yang Dimuliakan Di Turki. terasa diri begitu kerdil. terkadang ku termenung dan menangisi kekhilafan diri ini. Ya Allah.. :'(

dimanakah tempat kita dan layakkah kematian kita ditunggu-tunggu oleh sekalian pndduk langit dan juga sang pencipta kita disana nanti.. allahuakbar..

sedikit perkongsian berkaitan mujahid ini. semoga kita sentiasa muhasabah diri dan cuba untuk jadi yang terbaik dalam berdakwah dan menegakkan agama Islam.


Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki. Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki.

Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya.

Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya. Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya.

Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki. Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria.

Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam. Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn.

Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.


Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar.

"Kami menghantar anakanda kami ke bumi AlFateh bagi mempersiapkannya untuk umat. Rupa2nya Allah mempersiapkannya untukNYA." - Puan Nur Azlina (bonda Allahyarham Ahmad Ammar)

"SubhanaLlah, AlhamduliLlah, ALlahu Akbar! Tiada ku duga pemergian Ahmad Ammar telah menghidupkan begitu banyak jiwa. Aku merasa begitu kerdil tika di tanyakan apa formula bagi mempersiapkan Ammar begitu rupa! Jujur aku katakan, sumbangan aku terlalu sedikit. Sekadar meletakkan visi dan misi yang aku impikan kepadanya. Rupanya, apabila ku nawaitukan anak ku ini untuk ALlah dan RasulNYA, perancangan ALlah berjalan dengan cara yang tiada mampu untuk aku membayangkannya. Apalagi untuk memahaminya. Pemergian Ammar mengajar aku banyak perkara mengenai KEBESARAN ALLAH ! Terima kasih Ya ALlah !" - Tuan Haji Ahmad Azam (ayahanda Allahyarham Ahmad Ammar)

Alfatihah buat almarhum ammar.. :'(


♥ suka x? LIKE ae ♥


Like My Blog Fanpage

Sunday, June 23, 2013

A True Friends

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, da masuk bulan Sya'ban pun. tak sabar pulak rasa nya nak berpuasa. rindukan bulan puasa sangat-sangat. Alhamdulillah, tempoh pengajian anis tuk semester 03 pun da nak berakhir. banyak sangat pahit manis kat sini. baru semester 03, masih ade 03 semester lagi. By the way, 26 hb dan 29 hb nie anis exam paper. subject lain sume work.

so, dikesempatan nie, anis nak mintak maaf banyak-banyak pada semua jika anis ade terkasar bahasa, terguris kata dan sebagai nya. mohon dihalal kan segala nyer. korang doakan anis yerr..

dalam persahabatan ade kala nyer ianya manis dan adakala nyer pahit. jadi pandai-pandai lar pilih kawan untuk dijadikan straight line jika kita tersasar dari landasan yang tak sepatut nyer. You may have many friends, or only a few. Some are only acquaintances, not true friends. A friend is someone you can hang out with, have fun with and depend on.


“What is a friend? A single soul in two bodies.”— Aristotle




Setiap perbicaraan yang keluar daripada mulut seseorang menunjukkan apa yang ada dalam fikirannya serta perangainya. Berbicara sesuatu yang perlu dan menghindari perbicaraan yang tidak berfaedah merupakan ibadah yang besar pahalanya. Sabda Rasulullah s.a.w.


Maksudnya

'Daripada kebaikan iman seseorang ialah meniggalkan apa yang tidak bermakna bagiya.'
(Hadith Riwayat at-Tirmidzi)


Orang yang tidak memperkatakan sesuatu yang tidak berfaedah baginya merupakan tanda kejayaan hidupnya sebagai seorang mukmin.



Allah S.W.T. berfirman


Maksudnya

'Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, orang yang menjauhkan diri daripada perbicaraan yang tidak berguna.'

(Surah al-Mukminun : 1-3)


Abdullah ibnu Abbas r.a. mengatakan 'Ada lima perkara yang lebih baik bagi mereka daripada kuda liar yang dibiarkan diam.'


Pertama: Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu yang tidak mengenai dirimu kerana hal itu merupakan perbicaraan yang tidak perlu dan aku tidak menjamin engkau akan selamat daripada dosa.

Kedua:Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu sebelum engkau mengetahui saatnya yang tepat sebab mungkin orang berbicara tentang sesuatu yang penting baginya tetapi kerana dilakukan tidak tepat pada waktunya boleh menimbulkan hal-hal yang memalukan.

Ketiga:Janganlah engkau berdebat dengan orang yang sabar atau bijaksana dan juga dengan orang yang berperangai buruk sebab orang yang sabar tidak akan menghiraukan dirimu manakala orang yang berperangai buruk akan menyakiti hatimu.

Keempat: Ceritakanlah kepada saudaramu yang tidak hadir tentang apa yang engkau sendiri ingin dia ceritakan kepadamu dan maafkanlah dia seperti engkau sendiri ingin dimaafkan olehnya.

Kelima: Buatlah seperti orang yang benar-benar sedar bahawa perbuatan itu akan mendatangkan kebajikan dan tidak akan mendatangkan dosa atau kesalahan. (Ibnu Abi Dunya).



Oleh itu kita mesti lar menjaga lidah kerana seseorang itu boleh terjerumus ke lembah yang hina disebabkan oleh lidahnya yang tidak terkawal. Orang yang berbicara tanpa kawalan akan kehilangan arah. Atas keprihatinan ini, Islam menggariskan tatacara dan adab berbicara agar umatnya sentiasa berada dalam lingkungan keredhaan Allah.


sekadar renungan dan muhasabah diri di bulan yang baik ini. Sekali lagi maaf buat semua rakan-rakan , guru, lecturer dan semua yang mengenali diri ini.


p/s : wish me luck for the final exam ya guy..



♥ suka x? LIKE ae ♥


Like My Blog Fanpage

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved by arnissastory.blogspot.com