Sunday, April 27, 2014

PART 1 Menawan Puncak Gunung Angsi 2014

Assalamualaikum

Lama nya tak update blog nie. rindu rasa.. maaf sangat, anis terlalu banyak komitmen. maklum lah, status pelajar memang tak boley lari dari perkataan belajar, dengan class yang padat dan sebagai nya.. fuhhh, ada orang rindu anis tak? *perasanmacammanantah

hari tu kan, anis join aktiviti dibawah department anis yakni amik kau ayat  Fine Metal Kontemporari. da lama tak beraktiviti, so kali nie join aktiviti gempak terus. haaa, gampang tak? mula nya memang tak nak join sebab nya, nyer lah aktiviti berat kan. gila tak takut.. hahaa.. tapi tak pe, bila lagi kan nak join aktiviti macam nie. bagi sesape yang pernah daki atau tawan gunung nie ha, depa tau lar macam mana perasaan nye, iyer dok? yang tak pernah join tu, try lar dulu okay best sangat sangat tau. gila tak best, nak daki tu da berapa jam berjalan. jalan kaki okay, so, korang kena ada stamina yang kuat tau.

kitorang punya aktiviti nie hanya 3 hari 2 malam sahaja. tak lama pun, rasa kejap sangat. tak puas lak rasa. hmmm.. best sangat sampaikan tak rasa jer hari-hari berlalu. okay, korang skroll ke bawah lau nak baca okay.

11 APRIL 2014 ( JUMAAT )

kitorang berkumpul dihadapan Kolej Seroja jam 8 pagi. so, bas gerak dalam jam 8.30 pagi. Firstly, kitorang bergerak ke Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin Negeri Sembilan dulu untuk misi akademik iaitu memperkenalkan fakulti Seni Lukis & Seni Reka serta dua department iaitu Fine Metal Kontemporari dan juga Printing. okay, lupa lak nak bagitau korang, kitorang gabung dua department untuk program ni.
 amik ha, gambar siap ade masa u. yang berbaju hitam tu koordinator fine metal iaitu Encik Fairus dan yg berbaju kelabu tu Encik Yusof. yang pakai baju melayu pengetua sekolah 

En Fairus dan En Yusoff menerangkan serba sedikit pasal UiTM, our faculty dan juga department kitorang.
sebelom balik bergambar bersama pelajar serta cikgu yang terlibat dalam misi akademik ini.

kemudian, kitorang meneruskan perjalanan ke hutan lipur ulu bendul Negeri Sembilan. kami sampai disana pada jam 4 petang. 
               Gunung Angsi ( Ayuh nikmatilah keindahan semulajadi ciptaan Yang Maha Esa )

Yeay! kami da sampai. nice view sangat. korang nanti boley lar datang sini tau. tempat yang anis bergambar nie di bahagian tengah dah. kat depan ada kolam mandi, restoran. so, bagi sesiapa yang tak bawak bekalan makanan kesini, jangan bimbang anda tak akan kelaparan. , kolam.
nampak tak semangat kerjasama kat situ? best sangat panjat gunung dengan diorang sebab mereka nie sporting giler-giler tau. hah, siap jugak akhir nya. aktiviti ni bukan saja memupuk sifat disiplin dalam diri masing masing, malah sifat bantu membantu juga penting supaya segala kerja dapat disiapkan on time okay.
tapak perkhemahan kami sangat selesa kerana terdapat kemudahan surau dan juga toilet. nampak tak dalam gambar tu? ada surau tau.. kerlasss sangat tempat kami berkhemah. nasib baik tau sebab malam tu hujan. ada khemah yang masuk air. lau tak mengigil kitorang tido dalam kebasahan.
siap suda tapak perkhemahan kami. lima khemah jer tau. tiga khemah tuk girl dan yang selebih nya tuk boy. boy ada yang tido kat bawah khemah yang terbukak tu sebab malam diorang jadi sentri bergilir-gilir.  
sebesar besar alam ha amik port gantung banner sampai semua pengunjung kat situ duk usha khemah kitorang.
nie ha barangan yang kami bawak dari kampus. masa nak datang sini da bagi by group then dari group tu bahagikan lagi sikit sorang. so, tak lar berat sangat beg tu. masalah seperti roti penyet tu dah biasa lah kan. haha
sebelom maghrib da kena masak siap-siap. malam tu kitorang buat bbq sikit. haa, kenal tak siapa yang pegang sudip tu? hehe. jadi chef kejap kat sana, kat rumah jarang sangat masuk dapur pun, kantoi suda. lepas jer maghrib, kami solat maghrib berjemaah dan makan malam.   
selfie dulu tau
blur sikit gambar bbq nie ha. sorry..

memasing muka da cuak tunggu nak makan. lapor bebenor dah ha. lepas makan kitorang masuk tido awal sebab awal-awal lagi kena bangun masak tuk breakfast dan bekalan di puncak tuk tengah hari. 
yang lelaki bergilir-gilir jadi sentri setiap dua jam. kesian diorang kan? nasib baik diorang tak suruh yang gegurl nie jadi sentri jugak. hehe. terima kasih wahai si lelaki-lelaki. nyenyak sangat  kitorang tido. tapi malam tu kitorang tak bernasib baik, dalam kul 2 pagi hujan turun membasahi hutan simpan ulu bendul, ada khemah yang masuk air dan kitorang terpaksa beralih tempat tido ke surau yang berdekatan. mak ai sejuk kemain. dengan sejuk nya.. dah lar anis tak bawak sleeping bag. bersweater dan berstokin jer lah, tido pun tido ayam jer. korang lau nak pergi daki gunung make sure bawak sleeping bag tau sebab kita tak jangka benda nak jadi.

okay lah, nanti anis sambung next entry tuk daki gunung angsi lak okay..

bye bye..


♥ suka x? LIKE ae ♥


Like My Blog Fanpage

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved by arnissastory.blogspot.com