Sunday, June 23, 2013

A True Friends

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, da masuk bulan Sya'ban pun. tak sabar pulak rasa nya nak berpuasa. rindukan bulan puasa sangat-sangat. Alhamdulillah, tempoh pengajian anis tuk semester 03 pun da nak berakhir. banyak sangat pahit manis kat sini. baru semester 03, masih ade 03 semester lagi. By the way, 26 hb dan 29 hb nie anis exam paper. subject lain sume work.

so, dikesempatan nie, anis nak mintak maaf banyak-banyak pada semua jika anis ade terkasar bahasa, terguris kata dan sebagai nya. mohon dihalal kan segala nyer. korang doakan anis yerr..

dalam persahabatan ade kala nyer ianya manis dan adakala nyer pahit. jadi pandai-pandai lar pilih kawan untuk dijadikan straight line jika kita tersasar dari landasan yang tak sepatut nyer. You may have many friends, or only a few. Some are only acquaintances, not true friends. A friend is someone you can hang out with, have fun with and depend on.


“What is a friend? A single soul in two bodies.”— Aristotle




Setiap perbicaraan yang keluar daripada mulut seseorang menunjukkan apa yang ada dalam fikirannya serta perangainya. Berbicara sesuatu yang perlu dan menghindari perbicaraan yang tidak berfaedah merupakan ibadah yang besar pahalanya. Sabda Rasulullah s.a.w.


Maksudnya

'Daripada kebaikan iman seseorang ialah meniggalkan apa yang tidak bermakna bagiya.'
(Hadith Riwayat at-Tirmidzi)


Orang yang tidak memperkatakan sesuatu yang tidak berfaedah baginya merupakan tanda kejayaan hidupnya sebagai seorang mukmin.



Allah S.W.T. berfirman


Maksudnya

'Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, orang yang menjauhkan diri daripada perbicaraan yang tidak berguna.'

(Surah al-Mukminun : 1-3)


Abdullah ibnu Abbas r.a. mengatakan 'Ada lima perkara yang lebih baik bagi mereka daripada kuda liar yang dibiarkan diam.'


Pertama: Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu yang tidak mengenai dirimu kerana hal itu merupakan perbicaraan yang tidak perlu dan aku tidak menjamin engkau akan selamat daripada dosa.

Kedua:Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu sebelum engkau mengetahui saatnya yang tepat sebab mungkin orang berbicara tentang sesuatu yang penting baginya tetapi kerana dilakukan tidak tepat pada waktunya boleh menimbulkan hal-hal yang memalukan.

Ketiga:Janganlah engkau berdebat dengan orang yang sabar atau bijaksana dan juga dengan orang yang berperangai buruk sebab orang yang sabar tidak akan menghiraukan dirimu manakala orang yang berperangai buruk akan menyakiti hatimu.

Keempat: Ceritakanlah kepada saudaramu yang tidak hadir tentang apa yang engkau sendiri ingin dia ceritakan kepadamu dan maafkanlah dia seperti engkau sendiri ingin dimaafkan olehnya.

Kelima: Buatlah seperti orang yang benar-benar sedar bahawa perbuatan itu akan mendatangkan kebajikan dan tidak akan mendatangkan dosa atau kesalahan. (Ibnu Abi Dunya).



Oleh itu kita mesti lar menjaga lidah kerana seseorang itu boleh terjerumus ke lembah yang hina disebabkan oleh lidahnya yang tidak terkawal. Orang yang berbicara tanpa kawalan akan kehilangan arah. Atas keprihatinan ini, Islam menggariskan tatacara dan adab berbicara agar umatnya sentiasa berada dalam lingkungan keredhaan Allah.


sekadar renungan dan muhasabah diri di bulan yang baik ini. Sekali lagi maaf buat semua rakan-rakan , guru, lecturer dan semua yang mengenali diri ini.


p/s : wish me luck for the final exam ya guy..



♥ suka x? LIKE ae ♥


Like My Blog Fanpage

2 comments:

Eiqa Almond said...

Salam kenal Anis..
Kite baru kenal so Anis tak de buat salah dengan kitee, heheee

arnissa said...

@Eiqa Almond hye eiqa.... salam perkenalan..

hahaaaa... eiqa pun tak ada buat salah dengan anis..

:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved by arnissastory.blogspot.com