Tepat pukul 00:00 malam tadi, bergema lah satu uitm Machang dengan bunyi-bunyian bunga api yang pelbagai warna-warni. masuk hari ini da 4 hari berlangsung nya Festival Feskem di Medan Ilmu UiTM Machang.
Alhamdulillah.. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55 TAHUN MALAYSIA!
Sejenak daku terkenang perit jerih kepayahan pemimpin dan pejuang kita dulu dalam mencapai Kemerdekaan Malaysia. terima kasih yang tidak terhingga buat semua pemimpin yang telah memerdekakan dan meruskan kemerdekaan negara kita ni. Alhamdulillah..
Kita sebagai seorang rakyat Malaysia seharus nya bersyukur kerana sekarang Malaysia aman dan damai tanpa peperangan. Kita juga bebas melakukan aktiviti ape pun. joging, jalan-jalan tepi pantai, shopping dan sebagainya lah. banyak sangat nak list kat sini. hoho..
Jadi tidak salah rasanya kita berfikir seminit dua mengenangkan kembali kesusahan moyang-moyang kita semasa zaman jepun dahulu kala dengan kemerdekaan yang Malaysia capai sekarang.
Dan rasanya semua daripada kita tidak mahu negara Malaysia kucar kacir dan berperang seperti mana negara-negara lain yang bergolak dan bertarung nyawa di negara sendiri.. MasyaAllah.. semoga dijauhi.. amin
so, thanks again kepada pejuang-pejuang dan pemimpin-pemimpin negara dahulu dan sekarang yang banyak menabur jasa dalam mencapai dan mengekalkan kemerdekaan negara Malaysia. dan Selamat hari Merdeka kepada semua pembaca blog ini. terima kasih..
semoga negara Malaysia terus aman dan makmur dan mencapai wawasan 2020 kelak. amin..
bye!
No comments:
Post a Comment